Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah
Radhiallahu `anha berkata:
Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihi
wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda
tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami
mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah
melihat Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam
menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada
bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda
berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban."
(Hadith riwayat Bukhari)
Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam emperbanyakkan
berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh
beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Usamah bin Zaid berkata:
Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat
engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan
sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan
Sya`ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana
bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana
terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan
Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan
manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka
supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam
keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i
AMALAN PUASA DI BULAN SYAABAN
Thursday, August 6, 2009Posted by Hamba Mu Ya Allah at 6:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment