Fadhilat Sya'ban

Monday, July 27, 2009

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

• Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
• Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
• Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Baca Selanjutnya......

Ampuni kami

Baca Selanjutnya......

Si 'Abid Merintih Lagi

Saturday, July 25, 2009

Dalam kesunyian malam yang gelita,Sang a’bid bangkit dari lena,Hamparan sejadah menjadi saksi,Atas kesekian dosa minta diampuni.
Air mata tidak tertahan lagi,Sang a’bid mencari faham,Terampunkah dosa selama ini?Sedang palitan dosa semakin hitam.
Dari hati minta pengampunan,Si A’bid termanggu menangisi,Masihkah ada cahaya selepas ini?Agar mampu dia gagah kembali,Mengembang iman terus tinggi,moga mampu terbias pada amali.
Si A’bid harus memahami,Perjuangan jiwa tidak pernah selesai,Melawan sang nafsu yangg tidak pernah kecewa,Mencarik harapannya demi berkecai,Untuk menyusun hakikat cinta kepadaNya.
Si A’bid menadah lagi,Walau malu menanggung sinis Ayat2Nya,Dia masih sedar, dari celahan Ayat2 Ilahi,Terungkap satu hakikat Janji ,
"Berdoalah kamu kepadaKunescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..." Al-Mukmin:60

Baca Selanjutnya......

Anis Solehah

anak yang sulung
tarikh lahir : 9.9.2006
Hospital Kulim

Baca Selanjutnya......

Rahsia Khusyu' dalam Sembahyang

Seorang insan yang bernama Isam menghadiri majlis seorang abid Hatim Al-Islam dan bertanya:"Wahai Aba Abdurrahman bagaimanakah caranya tunaikan tuan solat?"
Hatim berkata:"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."
Isambertanya:"Bagaimana wudhuk zahir dan batin?"
Hatim berkata:"Wudhuk zahir dan batin membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batun ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara":-
BERTAUBAT
MENYESALI DOSA YANG TELAH DILAKUKAN
TIDAK TERGILA-GILAKAN DUNIA
TIDAK MENCARI/MENGHARAP PUJIAN ORANG/RIYA'
TINGGALKAN SIFAT BANGGA
TINGGALKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU
TINGGALKAN SIFAT DENGKI
Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan ALLAH dihadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut di belakang ku dan aku bayangkan bahawa seolah-olah berdiri di atas titian "Silatul Mustaqin" dan aku menganggap bahawa solat kali ini adalah terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik
setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahhud dengan ikhlas dan pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 3o tahun."
Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
INSAFLAH WAHAI INSAN......